Jan 17, 2014

Kahwin semasa belajar

Salam semua pembaca. Alhamdulillah, tia masih bersemangat untuk menulis blog setelah lama menyepi..Biasalah sebagai fulltime students memang laa tia sibuk memanjang padahal buat-buat sibuk je.hihi. harap semua boleh faham...;))
Post hari ini, tia nak share tips atau pun pendapat tia untuk sesiapa yang nak kahwin awal atau kahwin sewaktu belajar. Alhamdulillah sudah tia melepasi fasa di mana berterus-terang dengan parents dan kami di benarkan berkahwin pada usia tia 21 tahun dan partner 23 tahun. Kami da start buat segala persiapan memandangkan kedua belah pihak sudah bersetuju dan mama sangat membantu dalam segala persiapan. Kami akan bertunang pada 29 March 2014 dan insyaAllah akan bernikah pada 2 August 2014 ( semua perancangan sedang berjalan lancar ketika ini) Alhamdulillah. Tia harap tia di panjangkan umur smpai saat di ijabkabulkan nanti.  Kami letakkan tarikh tu di atas pilihan kedua belah pihak sbg adat. Sebenarnya, kami dua-dua belah sudah mengenali antara satu sama lain and mmg da kenal semua ahli keluarga dan sebagai adat kami kena laa buat majlis semua utk raikan majlis kami.
Okeyy, di sini tia nak share pengalaman di mana tia di benarkan bernikah ketika belajar dan di awal umur 21 tahun.
First, dalam tengah tahun lepas Jun 2013 tia bwk balik pasangan tia berjumpa dengan mama. Alhamdulillah mama menerima dan menunjukkan reponse positif. dan maybe sebab pasangan tia pndai ambik hati orang tua. Macam mana tips nak amek hati orang tua tu kan, so sila tanya pasangan tia sendri laa.hihi. Mama senang hati untuk menerima pasangan tia. Alhamdulillah. lepas satu fasa. 
Second, tia bawak balik pasangan tia untuk membantu tia dan keluarga semasa perkahwinan abang n kakak tia. Alhamdulillah semua ahli keluarga sangat senang dengan perangai dan sikap pasangan tia di mana dia sangat ringan tulang dan menghormati orang tua. Sewaktu di rumah tia, dia sudah mengenali semua atuk, nenek, moyang tia dan ahli keluarga semua. Semua bersenang hati dengan perangai dia. Dia seorang yang sangat baik hati. Alhamdulillah. Bersyukur sangat dpat seorang pasangan yang sangat penyabar dan baik hati dan tambah dia sangat sayangkan tia sehingga dia rela bersusah payah utuk senangkan hati tia. Lepas tu selepas semua berjalan lancar dan kami pun seperti biasa masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.
saat berterus terang dgn mama untuk bernikah situasi nya :

1. Pasangan tia yang beritahu ayah dia untuk meminang tia dan ayah dia sangat galakan dan bersetuju untuk menghantar rombongan meminang pada 29/3 nnti.( kat sini, apa-apa pun pihak lelaki kena mula langkah dulu ye ;) ) Ayah dia pilih tarikh tu sbb bulan 2 tu abang dia berkahwin so kami malas menserabutkan keadaan so kami bagi satu persatu di selesaikan.
2. Tia cepat-cepat beritahu mama tia pasal ada orang nak masuk meminang. mak mane yang tak happy kan. ofkoz la mama happy sampai dia kol semua sedara mara untuk beritahu perkhabaran gumbira ini. Semua urusan majlis mama yang setlekan atas kerelaan dia sendri. Pada asalnya, pasangan tia nak hulurkan duit majlis tu yela memandangkan dia seorang ibu tunggal tapi dia tak nak. Dia cakap duit dia ada utk anak2. Ya Allah hanya kau saja yang tahu betapa aku menyayangi ibuku. semoga ibuku sentiasa di murahkan rezeki.amin..;))
3. Segala urusan sekarang menjadi senang apabila melakukan perkara yang baik. yang penting beritahu mak ayah dan berdoa agar segala urusan di permudahkan. 
itu saja yang tia nak kongsikan. Nanti tia update lagi ye.banyak nak update sal persediaan semua...stay tuned.

6 comments:

  1. salam ukhuwah dari bunda, sudi2lah keteratak bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah bunda..okeyy, tia akn ke teratak bonda..

      Delete
  2. salam. tia anak yg baik :)
    kalau free singgahla ke blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyy kak.. Terimaa kasih ats kunjungan akk..

      Delete
  3. as salam. moga segala yang dirancang berjalan dengan baik. moga jodoh berkekalan selamanya.
    Supplement Untuk Kulit Cantik, Cerah, Glowing dan Licin & Testimoni

    ReplyDelete
  4. Lama lah si mbak ini tak update :( kemanakah si Mimin? apa udah pensiun? hehe

    ReplyDelete