Feb 13, 2013

Bunting pelamin

Selamat petang semua.
 Sudah beberapa hari tiah tak update blog memandangkan tiah sangat sibuk dengan life sebagai seorang anak dan pelajar sepenuh masa dan bakal isteri suatu hari nanti In sya Allah. Alhamdulillah Tuhan masih memberi peluang untuk tiah bernafas dengan nikmat Allah ini biarpun letih berulang alik serdang,putrajaya n subang jaya. Okee, hari ini tiah nak berkongsi dan bertukar pendapat berkenaan bunting pelamin (opss, tiah tak kahwin lagi tapi hanya sekadar berkongsi pendapat sahaja ) Apa yang di maksudkan dengan bunting pelamin ini? Bunting pelamin ialah mengandung pada awal waktu setelah di ijab kabul kan. Maksud nya ialah bakal dapat baby lah kan pada awal-awal pernikahan. Ia menjadi semakin teruja bila baby itu kembar plak. Apa agak nya perasaan atau pengalaman bagi pasangan yang di berikan rezeki awal ini?  Apakah setiap pasangan bersedia untuk menerima rezeki pada awal pernikahan? Bagi tiah dan pendapat tiah, mengandung di awal perkahwinan adalah rezeki Allah dan sentiasa mendapat keberkatan perkahwinan di mana kita mendirikan sebuah masjid dalam satu hubungan yang halal. Tetapi tidak semua pasangan dapat merasai nikmat bunting pelamin dengan alasan mereka tidak bersedia dan mahu merancang. Pada pendapat tiah tiada istilah tidak bersedia dalam sesebuah perkahwinan di mana setiap keputusan yang di buat mestilah berdepan dengan pelbagai kemungkinan dan bersifat keterbukaan. Ramai juga yang berdepan dengan pengalaman bunting pelamin berdepan dengan buah mulut orang sekeliling di mana memburuk-buruk kan keadaan. Kalau kita tak buat salah apa yang nak di takutkan so terima lah rezeki dari Allah sebagai hadiah daipada Nya.Betul tak? Ada sebuah kisah di mana di awal perkahwinan mereka merancang iaitu selepas enam bulan baru mereka mahu menimang cahaya mata tetapi akhir nya mereka terpaksa berusaha selepas tiga tahun tidak mempunyai anak. Di situ nampak sesuatu yang kita sendiri kadan-kadang tak perasan dengan kerja Allah yang memberi rezeki dan mengurniakan kebahagiaan kepada kita sekeluarga. Jadi apa-apa berlaku bunting pelamin adalah rezeki dari Allah tapi lebih baik kita melangsungkan ijabkabul seterusnya bersanding serentak agar kita dapat mengurangkan masalah yang bakal di tempuhi sewaktu bersanding seperti muntah-muntah sewaktu hari bahagia kita. Pasti nya semua orang menginginkan suatu majlis yang sangat meriah tapi kalau dah bunting pelamin takut tak larat saje nk bersanding. Tapi rezeki awal jangan di tolak dan ingat lah bahawa ramai pasangan di luar sana susah untuk mendapat peluang sebegini Bersyukur dengan nikmat Allah semoga kita menjadi hamba Nya yang sentiasa redha dan mememohon keberkatan dari Nya. Okee, sampai di sini sahaja hari ini tiah tulis. Terima kasih semua sebab membaca, ;) love u olsss...hehehe



 baby dah tak sabar nak keluar? hehhe

Terima kasih daun keladi, 
Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas komen.hehhehe

6 comments:

  1. hahahaha. ingatkan post ni psl empunye blog bunting pelamin . lol. bikin hangat post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...hanya berkongsi pendapat. menunggu untuk merasai nikmat bunting pelamin.hihi

      Delete
  2. skunk memang dah ramai yg bunting pelamin...
    syukur subuh....hahaa

    jom --> http://iss-life.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. eh dah nampak kaki baby nak lahir nanti , haha comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan kalau ada baby dlm perut mcm tuh...hihi

      Delete