Feb 8, 2013

Baru seminggu menikah?

Selamat semua. Sihat tak u olls? hehehe.. Oke hari ini tiah nak update pasal kisah sebuah pasangan yang

 baru berkahwin seminggu namun pasangan nya meninggal dunia apabila genap seminggu mereka bernikah. 

Jom baca kisah mereka. Semoga ini menjadi peringatan pada kita semua bahawa yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada Nya.

Shahrul Azmi Jailan, 24, yang melangsungkan perkahwinan dengan Nor Farida Nor Azman, 24, Sabtu lalu menerima kenyataan bahawa isterinya kini sudah tiada.

“Malam semalam, arwah isteri berpesan kepada saya supaya jaga diri, jaga ibu dan ayah.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah pada jam 4.30 pagi semalam, arwah mengalami sesak nafas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Balok Pine, di sini.

Bagaimana pun, arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.

Bercerita mengenai penyakit arwah isteri, Shahrul berkata, dia yang mengenali arwah sejak tujuh tahun lalu mengetahui keadaan kesihatan isterinya.

“Arwah memberitahu saya mengenai penyakit yang dihidapinya selepas kami bertunang hujung tahun lalu.

“Ketika itu, saya menerimanya dengan hati terbuka dan tahu tentang risiko yang mungkin terjadi,” katanya.

Shahrul berkata, pemergian isterinya itu menyebabkan majlis sambut menantu yang dirancang Sabtu ini (esok) di Lanchang, Temerloh terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

“Apa pun, saya reda kerana dia sangat menderita dengan penyakit yang dialaminya, malah semasa majlis perkahwinan kami Sabtu lalu, keadaan arwah sangat lemah,” katanya yang masih bercuti.

Sementara bapa arwah, Nor Azman Hussain, 53, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan mengidap penyakit SLE setahun lalu sebelum serius tiga bulan lepas.

Nor Azman berkata, keadaan arwah anaknya semakin teruk apabila mengalami demam panas dan sakit sendi sehingga tidak mampu bangun.

“Keadaan arwah bertambah teruk apabila penyakit itu menyerang buah pinggang, namun sebagai bapa, saya pasrah dengan takdir.

“Saya harap menantu saya kuat semangat menerima keadaan ini,” katanya.

Jenazah Nor Farida selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Balok selepas Zuhur."


Saat dan ketika mereka mengecapi kebahagiaan namun mereka telah di uji dengan ujian yang sangat besar buat 

si suami. Jadi mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat arwah semoga dia tenang di sana. Amin.

Sesungguhnya hati aku terusik dengan situasi ini di mana di saat kita memerlukan insan tersayang di sisi namun 

Allah hanya memberi pinjaman untuk kita merasai saat bahagia itu. Apa-apa pun yang berlaku kita mesti ingat 

dan berpegang teguh pada keimanan kita kepada Pencipta. Kalau berbicara soal tabah dan redha tiah rasa semua 

insan mampu melakukan nya namun kekuatan yang membezakan kita sama ada dapat bertahan atau tidak.

Salam. 

1 comment: