Feb 7, 2013

Tips hilangkan senggugut

Selamat pagi semua. Hai semua, sihat tak? Harap-harap semua sihat lah yer. hari ini tiah nak kongsi tips-tips nak hilangkan senggugut. siapa mengalami perkara ini setiap bulan angkat tangan cepat! ehehhe.. Benda ini perlu di kongsi untuk perempuan or gadis-gadis di luar sana. Untuk kaum Adam sila lah menjadi seorang peka terhadap masalah ini untuk future wife korang or akak ke sape lah. Senggugut nie ada benda yang sangat menyakitkan kerana 'ia' menyebabkan semua kerja harian kita tergendala. Punca? Apa punca sengugut nie ye. Dari apa yang tiah dengar senggugut ini berpunca dari cara permakanan kita yang kurang makan sayur dan buah-buahan sebab badan kita memerlukan khasiat dari benda kita makan untuk kita lebih bertenaga. Ini sumber dari doktor yang selalu tiah mintak ubat tahan sakit kat UPM tuh. Ada penawar ke nak hilangkan terus sakit senggugut nie? Ohhh..itu tiah tak pasti tapi ada orang cakap once kita dah kahwin nanti sakit ini kan hilang sikit demi sedikit tapi masalah nya tiah ada kawan-kawan tiah yang still mengalami senggugut ini even dah kahwin pon. Soo? What the conclusion sini eh? hehehhe..pening..Oke-oke tak payah nak pening sangat lah eh.heheh.Apa-apa pon its depends kat badan kita, cara permakanan kita and cara hidup kita. Bagi yang mengalami masalah ini especially di awal bulan, tengah bulan and akhir bulan sini tiah nak kongsi sikit cara nak mengurangkan sakit senggugut nie.. First, bila korang dah merasa sakit sangat senggugut ini korang hendaklah berehat means cari masa untuk baring or duduk sebab dengan cara ini dapat mengurangkan contraction muscle kita kat rahim tuh. Tiah pon kalau mengalami perkara ini tiah akan buat benda ini so terpaksa lah ponteng kelas or gi klinik dapatkan mc TAPI kat UPM nie doktor kedekut dengan mc so dia akan bagi ubat tahan sakit a.k.a pain killer (PONSTAN 500mg atau 250 mg) bagi hilangkan sakit and suruh pergi kelas jugak. Kalau selamanya bergantung pada pain killer bukan apa takut ianya akan efek perut kita sebab dia boleh menghakis lapisan dalam perut kita and nanti takut dapat penyakit lain plak (info bace dlm internet and pesanan dari arwah ayah tiah yang seorang doktor perubatan) Second, kalau nak hilangkan senggugut minum lah air halia. Tiah tahu ramai tak pernah cuba tapi sebenarnya ia sangat baik untuk di minum semasa kita mengalami masalah senggugut ini. Korang jangan plak minum air halia sahaja tapi korang campur lah buat dengan air teh o ke (selalunya tiah buat teh o halia suam) sebab lepas minum sakit hilang sikit demi sedikit dan tiah boleh rest dengan aman dan meneruskan sesi pembelajaran. Kalau korang tak percaya korang try buat kat rumah. Senang jerk nak buat,  cepat-cepat salin..Tiah nak ajar buat air nie.hehehe. Oke first g kat dapur amek halia then hiris npis-npis then basuh bersih. Second buat air teh o panas or suam. Last skali masuk kan halia yang korang da hiris tadi dalam air yang korang da buat tadi. Da siap! Jom minum semua...hehehe..pergi buat lah kalau nak cube. In syaAllah sakit senggugut ini kan beransur hilang. Oke tips yang terakhir adalah kalau boleh amek mase untuk tidur sebab dengan tidur sakit nie akan hilang. Wahai kaum Adam kamu jangan lah marah pada kaum Hawa apabila mereka mengalami masalah ini mereka akan menjadi seorang yang lemah n tidur sepanjang hari Ini bukan sebab mereka malas tapi meraka nak hilangkan sakit tuhh. Meraka akan tertidur bila mereka tidak dapat menahan sakit n dieorang akan tidur dalam keadaan melenkung kan badan sebab mereka sakit kalau tak percaya tengok lah wife, or future wife, adik or akak perempuan korang nanti erk..

macam ini lah gaya nya mereka tidur untuk hilangkan sakit
merka akan tidur sepanjang hari kalau mengalami senggugut tahap maksima

ohhh. oke sampai kat sini jerk lah tiah nak share pasal tips tiah untuk menghilangkan sakit senggugut ini sebab tiah mengalami nya setiap bulan sampai saat ini. Tiah tak sanggup nak bergantung dengan pain killer so tiah try atasi dengan cara normal lah.hehhe. Okehh, apa-apa nak tanya boleh komen kat bawah ini yer.;)
Bye.

8 comments:

  1. tips yg berguna...tp so far,period pain rubi xde laa teruk sgt..sakit perut cm xmkn jek..n bese mnom coke..hahahaha..tak tau laa mane dpt petua tu..hikhihkhik

    ReplyDelete
  2. itu lah ramai yang minum coke kalau time senggugut.orang cakap minum coke boleh bagi cepat habis darah...tah betul tak.ehhee

    ReplyDelete
  3. nice..tapi sya jarang kena senggugut. kalau kena pun xde la smpai guling2. makan ubat tido dah sembuh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntungnya awak. . Sy setiap bulan menderita sakit perut ketelauan sgt. =/

      Delete
  4. hahhaha...tiah selalu mengalami senggugut teruk.hehhe..tu rase nk share.

    ReplyDelete
  5. huhu saya biase first day n second day sakit, huhu dok termenung, menangis, and feel the pain , haha. tp betol la jugak pemakanan tu saya rasa ad satu masa tu saya banyak minum air masak and masa dtg bulan tak rasa sakit senggugut.. huhu, tuhan saja yang tahu perasaan nya, :P

    ReplyDelete
  6. byk mana halia nak pakai. n klu rajin amalkan... dpt hilg terus tak senggugut teruk ni

    ReplyDelete
  7. selalunya dalam tiga lima hiris halia tu..depend pada air yg awakbuat tu..tak terlalu banyakn tak terlalu sikit. kira nya kat sini dalam satu cawan..lepas minum mmg legaaa..kalau rajin amal pon tapi kita still xjaga corak permakanan which is kita need more minerals dlm badan. so,nie hanya tips utk hilangkan kesakitan. ;)

    ReplyDelete